PELAKON & SINOPSIS KAU YANG TERINDAH SLOT AKASIA TV3

Drama Kau Yang Terindah akan mula ditayangkan di Slot Akasia TV3 mulai 6 Ogos 2012, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam selepas episod terakhir Dejavu Di Kinabalu. Drama sebanyak 26 episod arahan Erma Fatima ini menjalani penggambaran di Mekah.

First time dengar tajuk Kau Yang Terindah ni di iklan TV, aku dah rasa macam tajuk novel je. Tapi drama ni bukan adaptasi dari mana-mana novel, ya. Cuma tajuk Kau Yang Terindah ni memang terasa macam familiar je. Tapi di mana ya? Hehe

PELAKON KAU YANG TERINDAH

Firman (Hafil Andrio Putra)

Alisya (Neelofa)

Kapten Syamiel (Nazim Othman)

Hafil Andrio Putra

SINOPSIS KAU YANG TERINDAH

Drama Kau Yang Terindah mengisahkan tentang Firman yang berhijrah ke Malaysia untuk bekerja. Firman merupakan anak pembantu rumah Alisya. Firman juga bekerja menjadi pembantu bersama ibunya di rumah Alisya. Hari demi hari, Alisya telah jatuh cinta dengan Firman tetapi Firman menolaknya pada awalnya.

Tetapi, lama kelamaan Firman juga akhirnya jatuh cinta kepada Alisya. Kerana perbezaan darjat, keluarga Alisya tidak bersetuju dengan percintaan Alisya dan Firman. Keluarga Alisya telah menjodohkan Alisya dengan Kapten Syamiel. Kapten Syamiel amat mencintai Alisya. Akhirnya, Firman akur dan berhijrah ke Mekah.

Adakah Alisya akan mencari cinta sejatinya Firman ke Mekah? Bagaimana kisah cintanya? Sama-sama kita saksikan sebuah lagi drama hebat dalam slot Akasia TV3.

Sumber: Peticinta

0 comments:

Post a Comment