Sinopsis Drama Wasiat | Astro Prima 105


Drama Wasiat yang dibintangi oleh pelakon hebat seperti Farid Kamil, Yasmin Hani, Beto Kusyairi dan Sara Ali. Drama ini akan ditayangkan mulai 27 Julai 2011, setiap Rabu jam 10 malam di Astro Prima (Saluran 105). Drama 26 episod ini merupakan adaptasi daripada telenovela Argentina berjudul Herencia De Amor dan telah diarahkan oleh Faisal Ishak.

Sinopsis Drama Wasiat

Kisah ini bermula apabila seorang hartawan Agus Raizal meninggal dunia akibat serangan jantung, selepas, apa yang disangka khalayak ramai, perkahwinan kedua beliau. Shark fikir Agus akan meninggalkan semua harta Agus kepadanya, kerana dia satu-satu anak Agus. Marina merasakan apabila dia berkahwin dengan lelaki tua itu, dia akan memiliki semua kekayaaan yang dicari-carinya selama ini

Tidak terlintas di fikiran mereka yang Agus mempunyai perancangan yang hebat untuk mereka. Walaupun dia telah meninggal dunia, dia masih mampu memperdayakan mereka. Dalam wasiatnya, mereka perlu tinggal sebumbung dan bekerjasma bagi memajukan salah satu daripada perniagaannya sebelum segala hartanya dibahagikan.

Perkara ini menyusahkan Shark dan Marina yang menginginkan harta tersebut untuk diri mereka sendiri. Sementara mereka bertungkus-lumus menjatuhkan sesame sendiri, Sofiyan anak Cik Ros dibiarkan bersendirian meratapi kematian Agus. Sofiyan mempunyai karisma anak lelaki yang Agus impikan. Agus sentiasa melayan Sofiyan seperti anaknya sendiri, dimana Shark merasa jauh hati atas tindakan bapanya. Shark inginkan kasih sayang daripada Agus tetapi dia tidak faham kenapa dia diketepikan.

Kebencian Shark terhadap Sofiyan menjadi lebih teruk apabila teman wanita Shark, Hanna mula mencintai Sofiyan. Sofiyan dan Shark akan bergaduh antara satu sama lain untuk mendapatkan Hanna dan harta. Bagi Shark, ia tentang kuasa dan wang manakala bagi Sofiyan, ianya kerana kasih sayang dan tanah yang mereka duduki sebagai satu keluarga. Sayangnya, perkara sebenar tentang diri mereka tidak mereka ketahui.

Sumber : http://ezany-kun.com/

0 comments:

Post a Comment